KembaliMaklumat legal
KembaliMaklumat legal

Peraturan program mata ganjaran


Perkhidmatan e-panggilan “Maxim” menawarkan pelbagai program Bonus yang menarik kepada Pelanggan baharu dan sedia ada, yang telah mengaktifkan akaun masing-masing. Bonus atau anugerah kewangan dan/atau Promosi (“Bonus”) yang diberikan kepada Pelanggan adalah satu inisiatif Promosi Perkhidmatan e-panggilan Maxim. Bonus ini adalah tawaran masa terhad dan syaratnya tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara Perkhidmatan e-panggilan Maxim dengan memaklumkan Pelanggan apabila pengubahsuaian besar syarat-syarat perjanjian. Sebelum menerima sebarang tawaran Bonus, Pelanggan akan diberi peluang bagi mempertimbangkan syaratnya yang berkaitan dengan setiap Bonus untuk difahamkan cara bonus itu berfungsi (serta Terma dan Syaratnya) dan memberikan persetujuan mengenai perubahan tersebut. 
Pelanggan tidak dikehendaki menerima sebarang Bonus yang ditawarkan oleh Perkhidmatan e-panggilan Maxim; semua Bonus adalah pilihan sendiri. Jika Pelanggan akan memilih untuk tidak menerima Bonus, di bawah keadaan ini, Pelanggan tidak akan terikat kepada terma dan syarat yang berkaitan dengan Bonus tersebut. Sehubungan itu, menerima Bonus yang ditawarkan, Pelanggan akan terikat dengan garis panduan, peruntukan dan syarat program Bonus, jika mereka telah difahamkan sepenuhnya dan bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian ini. 
Terma dan syarat ini akan dikenakan kepada semua pengguna aplikasi Maxim dan TaxSee Driver yang akan menjadi tawaran rasmi Perkhidmatan e-panggilan Maxim.
Takrifan 
Perkataan berikut hendaklah ditakrifkan dalam terma dan syarat seperti berikut: -
    i) "Peserta" ialah pengguna aplikasi Maxim atau TaxSee Driver;
    ii) “Peserta baharu” ialah pengguna yang telah memuat aplikasi Maxim atau TaxSee Driver kali pertama, tidak pernah membuat tempahan melalui aplikasi daripada mudah alih atau nombor telefon dan tidak pernah mengaktifkan sebarang kod promosi;
    iii) “Kod promosi” ialah jujukan huruf dan angka yang dijana dalam aplikasi dan bertujuan untuk ditukar antara peserta program bonus. Kod promosi mengenal pasti penghantar dan penerimanya, menyediakan bonus dan membolehkan penyertaan dalam program promosi Perkhidmatan e-panggilan Maxim. Ia hanya boleh digunakan di negara asal sahaja. Untuk mengaktifkan kod promosi, masukkannya dalam bahagian yang sepadan dalam aplikasi tersebut;
    iv) "Ringgit bonus" adalah unit mata wang yang dikira dalam Ringgit Malaysia (1 Ringgit bonus bersamaan dengan 1 Ringgit Malaysia) yang boleh digunakan untuk membayar sehingga 30% daripada harga perjalanan. Ringgit bonus tidak boleh ditukar dengan wang asal dan sah untuk tempoh terhad seperti yang dinyatakan oleh terma dan syarat;
    v) “Akaun peribadi” adalah akaun yang dibuat dalam aplikasi Maxim atau TaxSee Driver yang digunakan untuk merekodkan bayaran pendahuluan dan jumlah yang didebitkan atau dikreditkan;
Jenis Bonus
    i) "Bonus pengguna baharu" - peserta baharu memasukkan kod promosi dalam aplikasi Maxim daripada promosi Perkhidmatan e-panggilan Maxim. Setelah kod promosi berjaya diaktifkan, 7 Ringgit bonus dikreditkan ke akaun peserta dan boleh digunakan untuk membayar perjalanan dalam tempoh 90 hari;
    ii) “Hadiah kepada rakan-rakan”- Peserta menjana kod promosi peribadi di dalam aplikasi Maxim dan boleh dihadiahkan kepada peserta baharu. Selepas pengaktifan kod promosi, peserta baharu boleh menerima 7 Ringgit bonus. Peserta menerima 7 Ringgit bonus untuk setiap pengaktifan kod promosi yang berjaya oleh peserta baharu dengan syarat peserta baharu tersebut telah melakukan sekurang-kurangnya 3 perjalanan melalui aplikasi Maxim dalam tempoh 90 hari. Ringgit bonus dikreditkan ke akaun peribadi pengguna dan boleh digunakan untuk membayar perjalanan dalam tempoh 90 hari;
    iii) “Kempen kod promosi”- Pengguna aplikasi Maxim menerima kod promosi dalam kempen Perkhidmatan e-panggilan Maxim. Selepas pengaktifan kod promosi, pengguna menjadi peserta promosi. Ringgit bonus tidak dikreditkan untuk pengaktifannya;
    iv) “Hadiah kod promosi”- Pengguna aplikasi Maxim menerima kod promosi sebagai hadiah berdasarkan keputusan dalam promosi Perkhidmatan e-panggilan Maxim. Selepas pengaktifan kod promosi Ringgit bonus dikreditkan ke akaun peribadi pengguna dan boleh digunakan untuk membayar perjalanan. Jumlah bonus ringgi dan tempoh pengunaan dinyatakan oleh syarat-syarat promosi;
    v) “Pemberian kod promosi”- Pengguna aplikasi Maxim menjana kod promosi dengan bantuan butang “Cipta kod hadiah” dan menunjukkan nilai dalam Ringgit bonus. Wang dalam ringgit Malaysia bersamaan dengan jumlah Ringgit bonus didebitkan dari akaun peribadi atau kad bank yang disertakan. Pengguna menghantar kod promosi kepada penerima, yang dapat mengaktifkan kod promosi dalam tempoh 90 hari. Selepas pengaktifan, Ringgit bonus yang membentuk nilai kod promosi dikreditkan ke akaun peribadi penerima;
Ganti Rugi
Pelanggan hendaklah menanggung rugi, mempertahankan dan tidak memudaratkan Perkhidmatan e-panggilan Maxim, ahli gabungan dan pekerja, pegawai dan pengurus masing-masing (“Penerima Ganti Rugi”) terhadap semua kerugian, tuntutan, ganti rugi, kos perbelanjaan, denda, penalti, tuntutan (termasuk sebarang tuntutan atau berbangkit, kehilangan keuntungan, kehilangan reputasi dan semua faedah, penalti dan kos undang-undang (dikira atas dasar ganti rugi penuh) dan semua kos dan perbelanjaan profesional) dan liabiliti lain yang ditanggung atau ditanggung oleh Perkhidmatan e-panggilan Maxim yang timbul atau berkaitan dengan –
    i) Penyertaan pelanggan dalam Program Bonus atau Promosi;
    ii) Pelanggaran terhadap sebarang representasi, waranti, perjanjian atau kewajipan di bawah ini;
    iii) Kegagalan Pelanggan mematuhi mana-mana undang-undang termasuk undang-undang perlindungan data peribadi;
    iv) Perbuatan atau peninggalan penipuan atau salah nyata penipuan Pelanggan;
    v) Sebarang kecederaan peribadi atau kematian yang disebabkan oleh perbuatan atau peninggalan Pelanggan;
    vi) Sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami secara langsung atau tidak langsung oleh Penerima Ganti Rugi;
    vii) Sebarang dakwaan atau tuntutan kecuaian atau salah laku yang disengajakan yang timbul daripada sebarang perbuatan atau peninggalan Pelanggan; dan
    viii) Sebarang tuntutan cukai atau caj yang berkaitan dengan penyertaan Pelanggan dalam Program Bonus atau Promosi.
Syarat-syarat Khas
    i) Penerimaan kepada Bonus atau anugerah, terma dan syarat, mengikat Pelanggan kepada terma dan syarat dinyatakan;
    ii) Perkhidmatan hendaklah memberikan maklumat terkini tentang bonus atau promosi lain dari semasa ke semasa, tempoh sah dan syarat kelayakan dalam akaun media sosial atau dalam aplikasi atau di laman sesawang: taximaxim.com.